Friday, 15 July 2016

Sungai Ahawa dalam Kitab Ezra 8:15,21,31 (Last part) ~Tiba di Yerusalem (For Non Muslim Only)

  Ezra dan umat Israel telah berangkat dari sungai ahawa pada tanggal ke-12 bulan pertama ke Yerusalem,Dan dengan tangan Tuhan memimpin mereka kembali ke Yerusalem,dan terhindar dari segala  Musuh dan penyamun.Mungkin,jika kita membaca ayat ini,seakan tidak ada pengajaran ataupun apa-apa yang menarik dalam ayat ini selain daripada Ezra dan umat Israel kembali ke Yerusalem setelah berkhemah di tepi sungai ahawa.Sebagai umat pilihan kita,janganlah ada masa untuk berehat bagi Tuhan.Sama seperti umat israel,dalam perjalanan menuju ke Yerusalem,mereka berhenti di sungai ahawa.Yerusalem,jika kita baca dalam perjanjian baru adalah Boleh ditujukan kepada Gereja ataupun syurga(dalam sudut rohani) jika dalam perjalanan kita ke syurga kita berhenti dan berehat dalam mengejar keselamatan kita masing-masing.Seperti Umat Israel,mereka meneruskan Perjalanan mereka ke Yerusalem dan bukannya berehat selama-lamanya di Sungai ahawa.Dari segi Pelayanan pula,Melayani Tuhan itu tidak ada sikap 'hari ini saya mau berehat untuk melayani' atau 'saya hanya mau melayani Tuhan disaat saya gembira sahaja'.Jika kita merasakan bahawa hari ini kita berehat dari melakukan pelayanan,kita perlulah bangun dan berusaha giat melayani Tuhan.

Syukur Puji Tuhan akhirnya,sungai ahawa part akhir siap.Sejujurnya,saya sangat sibuk,tetapi itu sebenarnya bukan alasan untuk berhenti merenungi Firman Tuhan siang dan malam.Sekali lagi saya tegaskan,apa yang saya tulis ini bukan dari pengetahuan saya sendiri tetapi hasil daripada perkongsian orang lain.Saya berharap saya dapat terus berbagi firman kepada semua Pembaca blog ini.Kiranya Perkongsian ini menjadi saluran berkat kepada semua yang membaca.

~Disini saya memngambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua,saya hanyalah manusia yang berdosa yang mendapat kasih karunia dari Bapa.Jika apa yang saya kongsikan ini jauh berbeza dari diri saya sebenar,saya menyusun 10 jari untuk memohon maaf atas segala sikap saya yang kurang baik kepada kalian(jika ada yang mengenal diri ini)saya akan terus berusaha memperbaiki diri saya.

For Non Muslim Only

No comments:

Post a Comment