Thursday, 27 July 2017

10 Dasar kebenaran Gereja Yesus Benar(Bahagian1)

1.Percaya Bahawa Yesus adalah Firman yang menjadi manusia.Ia berkorban mati di kayu salib demi menyelamatkan Umat manusia yang berdosa,bangkit pada hari ketiga dan naik ke syurga.Dis adalah Juruselamat Tunggal manusia,Tuhan semesta alam dan Tuhan yang Maha Esa.

2.Percaya Bahawa kitab suci Perjanjian lama dan perjanjian baru yang diilhamkan oleh Tuhan adalah sumber Tunggal kebenaran dan kehidupan beriman.

3.Percaya bahawa Gereja Yesus benar didirikan oleh Roh kudus pada masa hujan akhir,untuk memulihkan kembalik gereja benar di zaman para rasul.

4.Percaya bahawa pembaptisan Air adalah sakramen untuk penghapusan dosa dan kelahiran Kembali,Dilaksanakan dalam Nama Tuhan Yesus di air yang hidup dengan kepala menunduk dan segenap tubuh diselamkan ke dalam air.Pembaptis haruslah orang yang telah menerima pembaptisan Air dan Pembaptisan Roh kudus.

5.Percaya bahawa menerima Roh kudus adalah jaminan mewarisi Kerajaan Tuhan,dengan berbahasa Roh sebagai bukti nyata penerimaan Roh Kudus.

Bersambung...

1 comment: