Sebagai Manusia biasa,kita tidak terlepas dari segala permasalahan di dunia ini.kadangkala, ada masanya kita terjatuh dari permasalahan kita,sehingga kita mencari jalan yang sepatutnya kita tidak patut buat.Ada masanya,saat kita terjatuh,kita tidak ada harapan untuk bangkit lagi,dan ada sesetengah orang yang beranggapan bahawa hidupnya akan berakhir disaat itu sahaja dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya(membunuh diri,membunuh orang lain) dan sebagainya.Persoalannya,
APAKAH MASIH ADA JALAN UNTUK BANGKIT LAGI?
Ada sesetengah orang berkata,"Ah!saya sudah jatuh terlalu dalam,tidak ada jalan keluar bagi masalah ini,biarlah saya mengakhiri hidup saya disini!"
Sahabat,
Benarkah demikian?Jika sahabat berfikir sedemikian,sahabat adalah orang yang sangat rugi kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.Dalam kehidupan kita didunia ini,Tuhan memberikan kita pengujian,masalah.Dan semuanya itu bukanlah jalan Tuhan untuk menghancurkan hidup kita tetapi untuk membantu kita lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian kita.Ingat sahabat!Setiap Masalah yang kita tempuhi itu Tuhan tidak memberikan masalah yang melebihi kekuatan tubuh fizikal,dan mental kita.
JADI BAGAIMANAKAH UNTUK BANGKIT LAGI?
Mungkin disaat ini,sahabat mempunyai satu persoalan iaitu bagaimana untuk bangkit semula dari kegagalan..
A)MENDEKATKAN DIRI KEPADA TUHAN
Pastinya sahabat mempunyai pegangan agama masing-masing,Peganglah apa yang ada pada diri sendiri dan berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan.Kata-kata bijak mengatakan,Kita ini berasal dari debu dan akan kembali kepada debu tanah,Jadi jika kita mengalami masalah,kita perlulah kembali kepada pencipta kita,kerana apa yang kita capai selama ini didunia bukan berasal dari kekuatan tubuh kita atau kecerdasan otak kita,tetapi semuanya berasal dari satu tempat yang sama,iaitu dari Tuhan.Merefleksi diri kepada Tuhan yang kita sembah dan percaya membantu membangkitkan semangat kita yang lusuh.
B)JANGAN MENOLEH KEBELAKANG
Menoleh kebelakang bermaksud,kita tidak melepaskan diri kita dari masalah lalu kita.Walaupun masalah itu sudah berlalu,tetapi kita masih menoleh ke belakang,bagaimanakah kita bangkit lagi?Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah,Jangan pernah menoleh kebelakang.Masalah lalu,biarlah berlalu.Sebagai contohnya,Jika kita melihat planet yang kita diami sekarang,adakah planet ini pernah berhenti dari berputar atau tidak berfungsi?Jika planet ini berhenti berputar,apakah semua yang ada di dunia ini berfungsi??Demikian juga kitaran hidup kita,biarkan ia terus berjalan seiring waktu yang berdetik.Jangan biarkan kita berhenti melangkah kerana diri yang sentiasa menoleh kebelakang dan tidak maju kehadapan.Ingat sahabat,kegagalan itu berpunca dari diri yang tidak yakin untuk maju dan selesa berada di posisi yang sama.
C) BELAJAR MENGHARGAI KEHIDUPAN
Hidup adalah suatu proses belajar.Sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir,kita barulah berhenti dari terus belajar.Jatuh dari masalah juga merupakan suatu proses belajar.Dalam hal ini,kita perlu Belajar menghargai hidup agar hidup kita ini lebih bermakna.Mungkin kita merasakan bahawa kita merupakan orang yang paling malang dalam hidup ini,tetapi ingat bahawa didalam dunia ini lebih 1 juta penduduknya.Dari lebih 1 juta penduduknya,masih banyak di dunia luar sana yang lebih malang dari hidup kita.Mempunyai cerita hidup yang lebih tragis.Oleh itu,selagi kita masih hidup kita perlulah belajar untuk menghargai hidup yang sementara ini.
D)LEARN,LIVE,AND HOPE
Learn~Belajar dari masalah lalu,belajar untuk lebih tekun,belajar menghargai hidup,belajar bersabar dalam setiap masalah,belajar untuk berani,belajar untuk kuat,Sentiasa belajar untuk meperbaiki Kehidupan.
Live~Sekarang.Sekaranglah kita perlu nikmati hidup yang kita ada.Bersyukur dengan kehidupan kita
Hope~Kita tahu bahawa esok bukanlah milik kita.Jadi bagi diri kita sendiri ,kita mengharapkan sesuatu yang baik untuk hari esok.Berharaplah dan percayalah bahawa hari esok masih penuh dengan harapan!
DONT CRY OVER THE PAST,IT'S GONE.DONT STRESS ABOUT THE FUTURE,IT'S HASNT ARRIVED.LIVE IN THE PRESENT AND MAKE IT BEAUTIFUL..:)
See you in my next Blog...
No comments:
Post a Comment