Sunday, 12 June 2016

Sungai Ahawa Dalam Kitab Ezra 8:15,21,31

Ketika bangsa Israel Menuju ke yerusalem dari pembuangan,Bangsa israel telah berhenti di Sungai Ahawa.Dalam Alkitab hanya tertulis di tiga ayat dalam kitab Ezra.Namun Peristiwa disungai ahawa ini banyak memberi pengajaran kepada diri saya khasnya.
(EZRA 8:15)
Pada masa itu,Ezra yang memimpin umat israel,telah mengumpulkan mereka disungai ini dan berkhemah selama Tiga hari lamanya.Dan Ezra menyelidiki mereka(Eng translation:I viewed them)Di kalangan umat israel itu ada Umat Israel Awam,ada Imam-imam(priests) Tetapi tidak ada dari kalangan bani Lewi.Orang lewi ini merupakan orang yang ditugaskan khas untuk melayani khemah suci.Tetapi Pada masa ini bani lewi tidak didapati oleh Ezra disana.
Pengajaran:
1.Dalam Gereja Bani Lewi sangat diperlukan.Walaupun ada imam(pemimpin gereja) namun tidak ada yang sanggup melayani Tuhan,Gereja tersebut tidak berkembang.
2.Ayat ini mengajar kita betapa pentingnya melayani Tuhan,betapa pentingnya orang lewi itu dalam rumah Tuhan.
3.Kita semua merupakan orang lewi.Kita percaya kepada Yesus Untuk melayaniNya.
(EZRA 8:21)
Pada masa itu Ezra memaklumkan kepada seluruh Umat Israel untuk berpuasa,Merendahkan Diri di hadapan Tuhan dan juga memohon kepada Tuhan agar memimpin perjalanan mereka kembali ke Yerusalem.Jarak sungai Ahawa dan Yerusalem masih sangat jauh,dan Umat israel tidak tahu betapa bahayanya perjalanan pulang ke Yerusalem.Oleh itu,demikianlah umat israel memanjatkan permohonan kepada Tuhan.
Pengajaran:
1.Dalam perjalanan kita menuju ke syurga,kita tidak tahu bahaya yang bakal menimpa kita di hadapan..Oleh itu kita perlu sentiasa berdoa dan tidak cukup berdoa kita perlu berjaga-jaga dalam doa kita,agar jangan kita sendiri yang terjatuh dalam pencobaan..Musuh yang paling dekat dan musuh yang kita tidak sedari adalah si iblis yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kita.Kerana kita tidak melawan darah daging,tetapi melawan penguasa dan penghulu jahat di udara.
2.Tidak cukup berdoa,berpuasa adalah sangat perlu memohon penyertaan Tuhan dalam kehidupan kita.
3.Merendahkan diri (tidak meninggikan diri di hadapan Tuhan)*Tuhan mengasihani orang yang rendah hati tetapi membenci orang yang tinggi hati..

~ http://www.majalahpraise.com/tugas-suku-lewi-sebagai-imam-%28seri-2-lewi%29-370.html

be continue...

No comments:

Post a Comment