Strength doesnt come from what you CAN DO. It's come from OVERCOMING the things you once thought YOU COULDN'T.
Tuesday, 26 July 2016
Kisah Hidup seekor Helang ~ Rebirth of an Eagle
Burung Helang merupakan antara burung yang terkuat dari segala burung dan mempunyai jangka masa hidup yang lebih lama dari burung yang lain.Walau bagaimanapun,Untuk hidup lebih lama itu bukanlah sesuatu hal yang mudah bagi si helang.Burung helang mampu menjangkau 70 tahun hidup di dunia,namun disaat umurnya menjangkau 40 tahun,cakar sang helang semakin panjang sehinggakan si helang sukar untuk menangkap mangsanya.Disamping pula,Paruhnya juga semakin panjang dan bengkok.Sayapnya pula menua dan menebal sehingga menjadi beban kepada punggungnya untuk terbang.Dalam situasi ini,sang helang hanya ada dua pilihan iaitu;
1.MATI
2.MENJALANI PROSES PERUBAHAN YANG MENYAKITKAN SELAMA LEBIH KURANG 150 HARI.
Dan jika sang helang ini mengambil keputusan untuk menjalani proses yang menyakitkan ini,Ia harus pergi ke Gunung Batu yang tinggi,membuat sarang dan tinggal disana untuk proses perubahan yang menyakitkan.
Bermula dari paruhnya yang panjang,ia harus memukul paruhnya keatas batu sehingga paruhnya terlepas.Sang Helang harus menunggu paruhnya kembali tumbuh dan barulah sang helang melakukan hal yang sama untuk cakarnya.Apabila cakar sang helang tumbuh,bulunya yang panjang dan berat harus ia cabut menggunakan paruhnya.Hal ini sangat menyakitkan bagi sang helang,tetapi kerana pilihan untuk hidup selama 30 tahun lagi sang helang sabar dan menahan kesakitan yang Dia alami.setelah Bulunya kembali tumbuh,Sang Helang lahir kembali menjadi helang yang kuat seperti dahulu dan mempunyai kekuatan yang sama seperti dahulu.Proses yang menyakitkan selama beberapa bulan itu,akhirnya dia banggakan dengan mengibas-ngibaskan sayapnya yang baru.
Proses untuk berubah itu sangat susah,apalagi jika kita harus dan perlu meninggalkan kelemahan yang lama,kebiasaan yang lama,tradisi yang lama.Memang sangat menyakitkan.Proses berubah itu sama seperti,satu pilihan yang sang helang perlu pilih,dan tak ada alasan untuk menoleh kebelakang lagi.Jika dia memilih untuk mati,dia harus mati dan jika dia memilih untuk berubah,dia harus melewati setiap proses yang menyakitkan itu tanpa alasan apa-apa.demikian kita sebagai manusia.Kadang sangat sukar mengubah perangai atau sikap buruk yang ada pada kita.Kadang ianya perlu dengan tangisan.Seperti sang helang,dalam proses yang menyakitkan itu,disiplin diri,penguasaan diri itu harus ada dalam dirinya.Jika tidak dia tidak dapat hidup untuk 30 tahun lagi.Sebagai contohnya,jika kebiasaan buruk kita merokok,bertahan tanpa rokok selama 1 hari itu merupakan proses yang sangat menyakitkan bagi kita,Oleh itu penguasaan diri dan disiplin itu sangat penting dalam proses ini.Dan semua ini merupakan satu pilihan bagi kita.Kita perlu memilih jalan yang terbaik bagi kita dan yang bermanfaat bagi kita.
Yesaya 40:29-31
Berubah itu menyakitkan,tetapi untuk menggapai suatu misi abadi,kita harus berusaha untuk berubah,berubah dan terus berubah..MENJADI YANG LEBIH BAIK DI MATA TUHAN.
Friday, 15 July 2016
Sungai Ahawa dalam Kitab Ezra 8:15,21,31 (Last part) ~Tiba di Yerusalem (For Non Muslim Only)
Ezra dan umat Israel telah berangkat dari sungai ahawa pada tanggal ke-12 bulan pertama ke Yerusalem,Dan dengan tangan Tuhan memimpin mereka kembali ke Yerusalem,dan terhindar dari segala Musuh dan penyamun.Mungkin,jika kita membaca ayat ini,seakan tidak ada pengajaran ataupun apa-apa yang menarik dalam ayat ini selain daripada Ezra dan umat Israel kembali ke Yerusalem setelah berkhemah di tepi sungai ahawa.Sebagai umat pilihan kita,janganlah ada masa untuk berehat bagi Tuhan.Sama seperti umat israel,dalam perjalanan menuju ke Yerusalem,mereka berhenti di sungai ahawa.Yerusalem,jika kita baca dalam perjanjian baru adalah Boleh ditujukan kepada Gereja ataupun syurga(dalam sudut rohani) jika dalam perjalanan kita ke syurga kita berhenti dan berehat dalam mengejar keselamatan kita masing-masing.Seperti Umat Israel,mereka meneruskan Perjalanan mereka ke Yerusalem dan bukannya berehat selama-lamanya di Sungai ahawa.Dari segi Pelayanan pula,Melayani Tuhan itu tidak ada sikap 'hari ini saya mau berehat untuk melayani' atau 'saya hanya mau melayani Tuhan disaat saya gembira sahaja'.Jika kita merasakan bahawa hari ini kita berehat dari melakukan pelayanan,kita perlulah bangun dan berusaha giat melayani Tuhan.
Syukur Puji Tuhan akhirnya,sungai ahawa part akhir siap.Sejujurnya,saya sangat sibuk,tetapi itu sebenarnya bukan alasan untuk berhenti merenungi Firman Tuhan siang dan malam.Sekali lagi saya tegaskan,apa yang saya tulis ini bukan dari pengetahuan saya sendiri tetapi hasil daripada perkongsian orang lain.Saya berharap saya dapat terus berbagi firman kepada semua Pembaca blog ini.Kiranya Perkongsian ini menjadi saluran berkat kepada semua yang membaca.
~Disini saya memngambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua,saya hanyalah manusia yang berdosa yang mendapat kasih karunia dari Bapa.Jika apa yang saya kongsikan ini jauh berbeza dari diri saya sebenar,saya menyusun 10 jari untuk memohon maaf atas segala sikap saya yang kurang baik kepada kalian(jika ada yang mengenal diri ini)saya akan terus berusaha memperbaiki diri saya.
For Non Muslim Only

Monday, 20 June 2016
Kuatkan Dan Teguhkanlah HatiMu..
Haleluyah..Saya sangat busy sekarang..Sungai Ahawa (part 2)saya usahakan untuk publish bila saya tidak berapa busy.saya sebenarnya sangat berbesar hati untuk berkongsi firman,saling menguatkan iman disini,Oleh kerana kesempatan dan waktu yang terbatas kerana saya sangat sibuk saya menunda untuk menulis dalam blog ini.
NOTA:
~semua hasil penulisan saya sebahagian besarnya saya rujuk daripada orang yang lebih berpengalaman dalam alkitab,dan juga rujukan sendiri dari buku/etc..
semoga Tuhan memberkati.
Sunday, 12 June 2016
Sungai Ahawa Dalam Kitab Ezra 8:15,21,31
Ketika bangsa Israel Menuju ke yerusalem dari pembuangan,Bangsa israel telah berhenti di Sungai Ahawa.Dalam Alkitab hanya tertulis di tiga ayat dalam kitab Ezra.Namun Peristiwa disungai ahawa ini banyak memberi pengajaran kepada diri saya khasnya.
(EZRA 8:15)
Pada masa itu,Ezra yang memimpin umat israel,telah mengumpulkan mereka disungai ini dan berkhemah selama Tiga hari lamanya.Dan Ezra menyelidiki mereka(Eng translation:I viewed them)Di kalangan umat israel itu ada Umat Israel Awam,ada Imam-imam(priests) Tetapi tidak ada dari kalangan bani Lewi.Orang lewi ini merupakan orang yang ditugaskan khas untuk melayani khemah suci.Tetapi Pada masa ini bani lewi tidak didapati oleh Ezra disana.
Pengajaran:
1.Dalam Gereja Bani Lewi sangat diperlukan.Walaupun ada imam(pemimpin gereja) namun tidak ada yang sanggup melayani Tuhan,Gereja tersebut tidak berkembang.
2.Ayat ini mengajar kita betapa pentingnya melayani Tuhan,betapa pentingnya orang lewi itu dalam rumah Tuhan.
3.Kita semua merupakan orang lewi.Kita percaya kepada Yesus Untuk melayaniNya.
(EZRA 8:21)
Pada masa itu Ezra memaklumkan kepada seluruh Umat Israel untuk berpuasa,Merendahkan Diri di hadapan Tuhan dan juga memohon kepada Tuhan agar memimpin perjalanan mereka kembali ke Yerusalem.Jarak sungai Ahawa dan Yerusalem masih sangat jauh,dan Umat israel tidak tahu betapa bahayanya perjalanan pulang ke Yerusalem.Oleh itu,demikianlah umat israel memanjatkan permohonan kepada Tuhan.
Pengajaran:
1.Dalam perjalanan kita menuju ke syurga,kita tidak tahu bahaya yang bakal menimpa kita di hadapan..Oleh itu kita perlu sentiasa berdoa dan tidak cukup berdoa kita perlu berjaga-jaga dalam doa kita,agar jangan kita sendiri yang terjatuh dalam pencobaan..Musuh yang paling dekat dan musuh yang kita tidak sedari adalah si iblis yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kita.Kerana kita tidak melawan darah daging,tetapi melawan penguasa dan penghulu jahat di udara.
2.Tidak cukup berdoa,berpuasa adalah sangat perlu memohon penyertaan Tuhan dalam kehidupan kita.
3.Merendahkan diri (tidak meninggikan diri di hadapan Tuhan)*Tuhan mengasihani orang yang rendah hati tetapi membenci orang yang tinggi hati..
~ http://www.majalahpraise.com/tugas-suku-lewi-sebagai-imam-%28seri-2-lewi%29-370.html
be continue...

Thursday, 2 June 2016
1st BLOG : Bangkit Dari Kegagalan
Sebagai Manusia biasa,kita tidak terlepas dari segala permasalahan di dunia ini.kadangkala, ada masanya kita terjatuh dari permasalahan kita,sehingga kita mencari jalan yang sepatutnya kita tidak patut buat.Ada masanya,saat kita terjatuh,kita tidak ada harapan untuk bangkit lagi,dan ada sesetengah orang yang beranggapan bahawa hidupnya akan berakhir disaat itu sahaja dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya(membunuh diri,membunuh orang lain) dan sebagainya.Persoalannya,
APAKAH MASIH ADA JALAN UNTUK BANGKIT LAGI?
Ada sesetengah orang berkata,"Ah!saya sudah jatuh terlalu dalam,tidak ada jalan keluar bagi masalah ini,biarlah saya mengakhiri hidup saya disini!"
Sahabat,
Benarkah demikian?Jika sahabat berfikir sedemikian,sahabat adalah orang yang sangat rugi kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.Dalam kehidupan kita didunia ini,Tuhan memberikan kita pengujian,masalah.Dan semuanya itu bukanlah jalan Tuhan untuk menghancurkan hidup kita tetapi untuk membantu kita lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian kita.Ingat sahabat!Setiap Masalah yang kita tempuhi itu Tuhan tidak memberikan masalah yang melebihi kekuatan tubuh fizikal,dan mental kita.
JADI BAGAIMANAKAH UNTUK BANGKIT LAGI?
Mungkin disaat ini,sahabat mempunyai satu persoalan iaitu bagaimana untuk bangkit semula dari kegagalan..
A)MENDEKATKAN DIRI KEPADA TUHAN
Pastinya sahabat mempunyai pegangan agama masing-masing,Peganglah apa yang ada pada diri sendiri dan berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan.Kata-kata bijak mengatakan,Kita ini berasal dari debu dan akan kembali kepada debu tanah,Jadi jika kita mengalami masalah,kita perlulah kembali kepada pencipta kita,kerana apa yang kita capai selama ini didunia bukan berasal dari kekuatan tubuh kita atau kecerdasan otak kita,tetapi semuanya berasal dari satu tempat yang sama,iaitu dari Tuhan.Merefleksi diri kepada Tuhan yang kita sembah dan percaya membantu membangkitkan semangat kita yang lusuh.
B)JANGAN MENOLEH KEBELAKANG
Menoleh kebelakang bermaksud,kita tidak melepaskan diri kita dari masalah lalu kita.Walaupun masalah itu sudah berlalu,tetapi kita masih menoleh ke belakang,bagaimanakah kita bangkit lagi?Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah,Jangan pernah menoleh kebelakang.Masalah lalu,biarlah berlalu.Sebagai contohnya,Jika kita melihat planet yang kita diami sekarang,adakah planet ini pernah berhenti dari berputar atau tidak berfungsi?Jika planet ini berhenti berputar,apakah semua yang ada di dunia ini berfungsi??Demikian juga kitaran hidup kita,biarkan ia terus berjalan seiring waktu yang berdetik.Jangan biarkan kita berhenti melangkah kerana diri yang sentiasa menoleh kebelakang dan tidak maju kehadapan.Ingat sahabat,kegagalan itu berpunca dari diri yang tidak yakin untuk maju dan selesa berada di posisi yang sama.
C) BELAJAR MENGHARGAI KEHIDUPAN
Hidup adalah suatu proses belajar.Sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir,kita barulah berhenti dari terus belajar.Jatuh dari masalah juga merupakan suatu proses belajar.Dalam hal ini,kita perlu Belajar menghargai hidup agar hidup kita ini lebih bermakna.Mungkin kita merasakan bahawa kita merupakan orang yang paling malang dalam hidup ini,tetapi ingat bahawa didalam dunia ini lebih 1 juta penduduknya.Dari lebih 1 juta penduduknya,masih banyak di dunia luar sana yang lebih malang dari hidup kita.Mempunyai cerita hidup yang lebih tragis.Oleh itu,selagi kita masih hidup kita perlulah belajar untuk menghargai hidup yang sementara ini.
D)LEARN,LIVE,AND HOPE
Learn~Belajar dari masalah lalu,belajar untuk lebih tekun,belajar menghargai hidup,belajar bersabar dalam setiap masalah,belajar untuk berani,belajar untuk kuat,Sentiasa belajar untuk meperbaiki Kehidupan.
Live~Sekarang.Sekaranglah kita perlu nikmati hidup yang kita ada.Bersyukur dengan kehidupan kita
Hope~Kita tahu bahawa esok bukanlah milik kita.Jadi bagi diri kita sendiri ,kita mengharapkan sesuatu yang baik untuk hari esok.Berharaplah dan percayalah bahawa hari esok masih penuh dengan harapan!
DONT CRY OVER THE PAST,IT'S GONE.DONT STRESS ABOUT THE FUTURE,IT'S HASNT ARRIVED.LIVE IN THE PRESENT AND MAKE IT BEAUTIFUL..:)
See you in my next Blog...
Subscribe to:
Posts (Atom)